fbpx

EPL: Newcastle enggan berputus asa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEDRO merupakan pemain yang diminati oleh Howe menyebabkan Newcastle bersiap untuk mengemukakan bidaan baharu mendapatkan khidmatnya. - AFP

LONDON – Newcastle United dilaporkan bersedia meningkatkan bidaan mereka untuk mendapatkan penyerang Brighton, Joao Pedro selepas tawaran awal bernilai lebih £50 juta (RM289.98 juta) ditolak oleh kelab itu.

Pedro, 23, menjadi sasaran utama Pengurus Newcastle, Eddie Howe yang sudah lama meminati pemain antarabangsa Brazil itu menyebabkan The Magpies dijangka mengemukakan tawaran baharu dalam masa terdekat bagi memastikan Pedro menyertai mereka.

Difahamkan, Chelsea turut berminat mendapatkan khidmat Pedro menjadikan persaingan merebut tandatangan penyerang itu semakin sengit ketika Brighton pula menetapkan harga sekitar £70 juta (RM400.13 juta) untuk melepaskan pemain terbabit.

Pedro menyertai Brighton dari Watford pada Mei 2023 dengan yuran perpindahan sebanyak £30 juta (RM172.27 juta) rekod tertinggi kelab ketika itu dengan menjaringkan 20 gol dalam 40 penampilan musim lalu, termasuk 10 gol dalam saingan Liga Perdana.

Keupayaan Pedro untuk beraksi di beberapa posisi sebagai penyerang utama, pemain No.10 dan juga pemain sayap membuatkan Howe mahu membawa masuk pemain itu untuk memperkuatkan jentera serangan Newcastle.

Sekiranya perpindahan itu menjadi kenyataan, Pedro akan menjadi pemain Brazil ketiga dalam skuad The Magpies selepas Joelinton dan Bruno Guimaraes, yang juga merupakan kapten pasukan.

Masalah disiplin pemain berkenaan mungkin perlu menjadi pertimbangan Howe ketika Pedro dilihat terlibat dalam banyak insiden kad ketika beraksi, selain pernah bergaduh bersama rakan sepasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI