fbpx

Warga asing bergaduh di Kampung Baru Subang ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tindakan dua lelaki asing bergaduh di tepi jalan membawa padah apabila mereka ditahan semalam.

Kejadian pada pukul 1.15 tengah hari itu berlaku di Jalan Dinar, Taman Subang Perdana, Kampung Baru Subang, di sini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu menerusi panggilan MERS 999.

“Bertindak atas maklumat, pasukan peronda polis dihantar ke lokasi sebelum menahan dua lelaki asing berusia 26 dan 32 tahun.

“Apa yang mengejutkan, ketika ditahan, salah seorang suspek berada dalam sebuah kenderaan dalam keadaan bergari seolah-olah menyamar sebagai anggota penguat kuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, pihak polis turut merampas barangan seperti gari dan dua buah kereta jenis Perodua Myvi. Kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 160 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan, Seksyen 89 Akta Polis 1967 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Sebarang maklumat boleh disalurkan menerusi Hotline Balai Polis Kampung Baru Subang di talian 03-7846 2322 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Ekmal Hasif Mohd. Noor menerusi 011-3539 6787. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI