fbpx

CWC: Di Maria tinggalkan Benfica, Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DI MARIA

CHARLOTTE – Bintang Benfica, Angel Di Maria mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan itu selepas tewas 1-4 kepada Chelsea pada pusingan 16 terbaik Piala Kelab Dunia 2025 di Stadium Bank of America awal pagi tadi.

Ia adalah penampilan terakhir pemain sayap berusia 37 tahun itu di kancah bola sepak Eropah memandangkan dia selepas ini akan kembali menyarung jersi kelab pertama dalam kariernya, Rosario Central di Argentina.

Aksi terakhir Di Maria wajar mendapat pujian kerana pemenang Piala Dunia 2022 itu berjaya menyempurnakan sepakan penalti di penghujung perlawanan untuk mengheret permainan ke masa tambahan.

Benfica ketika itu ketinggalan satu gol hasil jaringan Reece James sebelum perlawanan terpaksa dihentikan susulan cuaca buruk dengan kesemua pemain diarahkan meninggalkan padang pada minit ke-86.

Ia adalah kali keenam perlawanan di Piala Dunia Kelab kali ini terpaksa dihentiakn akibat cuaca buruk.

Selepas bersambung, Di Maria mengikat kedudukan buat Benfica selepas Video Bantuan Pengadil (VAR)  mengesan pertahanan Chelsea, Malo Gusto memegang bola dalam kotak penalti.

Bagaimanapun, hajat Di Maria untuk terus membantu Benfica tidak kesampaian apabila Chelsea berjaya meledak tiga gol menerusi Christopher Nkunku, Pedro Neto dan Kiernan Dewsbury-Hall pada masa tambahan.

Sebagai rekod, Di Maria memulakan kariernya bersama Rosario pada 2005 sebelum menyertai Benfica, Real Madrid, Manchester United, Paris Saint-Germain, Juventus dan kembali semula ke Benfica.

Sepanjang dua musim bersama jaguh Portugal itu sejak Julai 2023, Di Maria berjaya meledak 35 gol daripada 91 perlawanan dalam semua kejohanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI