fbpx

Cuaca buruk di Sabah, Sarawak malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

 

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga pukul 9 malam ini.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dijangka melanda di Sabah termasuk kawasan Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Sandakan (Kinabatangan).

“Amaran cuaca buruk tersebut turut dikeluarkan di Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang),” lapor MetMalaysia.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI