fbpx

Bot karam Pulau Perhentian: APMM laku siasatan menyeluruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APMM membantu membawa mangsa terselamat insiden bot terbalik keluar dari Pulau Perhentian, Besut hari ini.

KUALA TERENGGANU – Maritim Malaysia (APMM) akan melakukan siasatan menyeluruh berhubung insiden bot terbalik yang mengorbankan tiga pelancong di Pulau Perhentian, Besut malam tadi.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata, siasatan awal mendapati berlaku perlanggaran dalam aspek keselamatan pengangkutan laut sehingga berlakunya insiden tersebut.

Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) pemakaian jaket keselamatan dan pemeriksaan ramalan cuaca sewaktu memulakan perjalanan tidak dipatuhi oleh pengendali bot tersebut.

“Kejadian ini sekali lagi menjadi peringatan betapa pentingnya aspek keselamatan di laut, khususnya sewaktu cuaca tidak menentu.

“APMM menyeru semua pengusaha bot pelancongan dan pelancong agar sentiasa mematuhi aspek keselamatan khususnya memakai jaket keselamatan dan memeriksa ramalan cuaca sebelum memulakan perjalanan,” katanya di sini hari ini.

Hamiludin berkata, bot maritim Penggalang 45 telah digerakkan sebaik mendapat maklumat berhubung insiden tersebut yang berlaku pada pukul 10.45 malam.

Terdahulu tiga termasuk dua kanak-kanak maut selepas bot dinaiki mereka terbalik dipukul ombak besar dan laut bergelora berhampiran Pulau Perhentian Besar.

Mereka seramai 15 orang yang terdiri dari tiga keluarga dari Butterworth, Pulau Pinang dalam perjalanan pulang ke resort penginapan mereka kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI