fbpx

28 syarikat lori, bas gagal lunas ribuan tunggakan saman akan disenarai hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aedy Fadly (kiri) menyampaikan sijil penghargaan JPJ kepada komposer terkenal, Eddie Hamid pada Perhimpunan Setia JPJ di Dewan UMK Kampus Pengkalan Chepa, Kota Bharu hari ini. -Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyenaraihitamkan sebanyak 28 buah syarikat kenderaan barangan dan syarikat pengendali bas ekspres yang mempunyai lebih 1,000 dan 200 saman tertunggak aktif sekiranya gagal membayar tunggakan tersebut dalam tempoh 14 hari.

Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, tindakan itu sekali gus menyebabkan kesemua kenderaan terlibat tidak akan dibenarkan berada di atas jalan raya.

“Sekiranya kenderaan terlibat didapati berada di atas jalan raya, kita akan ambil tindakan dengan melakukan sitaan seperti arahan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pengangkutan (MOT).

“JPJ sudah bersiap sedia dengan penguatkuasaan itu. Kita akan terus menjalankan penguatkuasaan (menyenaraihitamkan syarikat) jika mereka tidak menyelesaikan saman pada hari ke-15,”katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Setia JPJ di Dewan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Aedy Fadly memberitahu, syarikat terbabit perlu terus ke JPJ untuk membuat pembayaran sebaik sahaja MOT membuat pengumuman berhubung tunggakan saman.

Katanya, JPJ mengalu-alukan syarikat yang terlibat untuk berbincang dalam menyelesaikan tunggakan saman tersebut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI