fbpx

115.7 juta pokok ditanam lebihi sasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiong Sii (tengah) ketika menyempurnakan gimik perasmian pada Program Penghijauan Malaysia Sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Tahun 2025 di Taman Botani Negara Shah Alam di sini, hari ini. -Foto ISKANDAR ISHAK / KOSMO!

SHAH ALAM – Sejumlah 11.57 juta pokok daripada 1,972 spesis pelbagai tumbuhan berjaya ditanam menerusi Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025 sehingga 15 Jun lalu.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, kementeriannya akan meneruskan kempen tersebut meskipun telah melebihi sasaran yang ditetapkan sebelum ini.

Katanya, ini bagi memupuk kesedaran rakyat negara ini terhadap kepentingan pokok dan kawasan berhutan kepada mereka.

“Daripada jumlah keseluruhan tersebut, sebanyak 43.9 juta pokok telah ditanam di Semenanjung Malaysia manakala Sarawak dengan 48.3 juta pokok serta dan 23.5 juta pokok di Sabah.

“Sasaran 100 juta pokok telah berjaya dicapai setahun lebih awal, iaitu pada 10 Disember tahun lalu melalui penanaman simbolik pokok Merbau sebagai pokok ke 100 juta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Herba yang terletak di Parlimen,” katanya pada Sambutan Hari Hutan Kebangsaan Peringkat Kebangsaan 2025 di Taman Botani Negara, di sini, hari ini.

Tegasnya, kerajaan terus komited dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan berhutan selaras dengan komitmen yang telah dijanjikan kerajaan pada Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992.

Tambahnya, pada sidang tersebut, kerajaan berjanji untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan kawasan tanah negara dilitupi pokok dan kawasan hutan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI