fbpx

Wanita New Zealand cedera terjatuh air terjun Rimba Kanching

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak bomba sedang membawa mangsa yang cedera keluar dari kawasan air terjun Rimba Kanching, Rawang, tengah hari tadi. Foto IHSAN BOMBA.

RAWANG – Seorang wanita warga New Zealand cedera selepas dipercayai terjatuh dari ketinggian enam meter di air terjun Rimba Kanching di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.52 pagi.

Menurutnya, seramai lapan anggota beserta sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kira-kira pukul 12.10 tengah hari, terdapat seorang wanita berusia 52 tahun warga New Zealand terjatuh di air terjun berketinggian enam meter.

“Mangsa cedera di bahagian kaki kiri tangan kiri dan tulang belakang. Namun berada dalam keadaan sedar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kerja-kerja membawa mangsa turun sedang giat dijalankan setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI