fbpx

Telegram jumpa MCMC minggu ini – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi ketika menyerahkan sumbangan kepada penerima terpilih pada Program Nadi Aspirasi Nasional Bersama Anak Muda (NANBA) anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di IWK Eco Park @ Pantai Dalam, Kuala Lumpur hari ini. Foto SYAKIR RADIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan pihak aplikasi Telegram akan ke Kuala Lumpur minggu ini bagi mengadakan perbincangan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Beliau berkata, pertemuan tersebut bagi membincangkan pelbagai isu termasuk jenayah scam, judi dalam talian, bahan-bahan persundalan, pornografi dan pelanggaran hak cipta filem serta episod-episod televisyen yang diperolehi melalui pelbagai siaran di Telegram.

“Pihak Telegram sebelum ini memaklumkan walaupun di seluruh dunia Telegram mempunyai jumlah pengguna mencecah 1 bilion, namun jumlah pekerja mereka mungkin sekitar 50 orang.

“Jadi memang mereka akui banyak perkara mereka akan lakukan secara ‘automated’ ataupun menggunakan kecerdasan buatan (AI).

“Tapi, undang-undang mungkin sedikit berbeza negara ke negara contoh di Malaysia, judi dalam
talian tak dibenarkan tetapi mungkin di Vietnam ataupun beberapa negara yang lain dibenarkan.
Jadi, disitulah kita lihat mereka perlu ada perbincangan lanjut tentang pelaksanaan dan
pematuhan platform Telegram kepada undang-undang dalam negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan Program Nadi Aspirasi Nasional Bersama Anak Muda (NANBA) anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Dewan Merbau, IWK Eco Park @ Pantai Dalam, di sini hari ini.

Selain itu Fahmi berkata, masalah judi dalam talian merupakan jumlah yang paling besar dikesan berlaku iaiatu 51 peratus daripada semua
kandungan yang diturunkan pelbagai platform.

“MCMC mengambil tindakan yang menyeluruh dan bagi saya agak tegas. Tapi, kita perlu faham satu-satu kandungan ataupun akaun hanya boleh disekat oleh platform itu sendiri.

“Sekiranya platform tidak bersetuju maka malangnya tak ada apa-apa tindakan. Tapi bila satu-satu akaun ataupun kandungan itu diturunkan atau disekat Ia bermaksud platform akur dengan undang-undang yang sedia ada dan mereka percaya bahawa kandungan itu telah melanggar undang-undang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI