fbpx

Remaja 16 tahun maut kereta rempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa berada dalam kereta Proton Saga yang merempuh belakang sebuah lori. Foto IHSAN BOMBA

KAJANG – Seorang remaja berusia 16 tahun maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Hulu Langat, Kampung Sungai Semungkis awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.32 pagi.

Menurutnya, setiba jentera di lokasi pada pukul 2.48 pagi, terdapat kemalangan melibatkan kereta Proton Saga merempuh belakang sebuah lori lima tan.

“Terdapat dua mangsa, salah seorangnya lelaki berusia 19 tahun mengalami kecederaan ringan berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

“Seorang lagi mangsa (penumpang) lelaki berusia 16 tahun berada di bahagian penumpang hadapan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Mukhlis, pemandu yang cedera dibawa ke hospital bagi menerima rawatan manakala mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI