fbpx

Peniaga rugi hampir RM1 juta tertipu tender palsu IPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Seorang peniaga berputih mata kerugian RM932,300 akibat diperdaya sindiket penipuan berhubung tender pembekalan alat janakuasa solar kepada sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang sebenarnya tidak wujud.

Lelaki berusia 52 tahun yang menyedari tertipu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada pukul 11.53 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, pemilik syarikat pembinaan dan pembekalan itu telah dihubungi suspek yang mengaku kononnya wakil IPT milik kerajaan negeri Terengganu tersebut menerusi aplikasi WhatsApp pada 28 Mei lalu.

“Mangsa telah ditawarkan kononnya tender tertutup membekal dan menghantar alat jana kuasa mudah alih jenis Eco Flow kepada IPT berkenaan.

“Dia yang berminat telah menghantar maklumat berhubung syarikatnya kepada suspek,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, peniaga terbabit kemudiannya mengikut arahan membuat pembayaran deposit ke dalam dua akaun bank diberi suspek menerusi lapan transaksi.

“Selain wang syarikat, mangsa turut menggunakan simpanannya untuk projek tender terbabit.

“Dia kemudianya terkejut dan menyedari tertipu apabila semakan dengan pengurusan IPT yang terletak di Kemaman tersebut mendapati penawaran tender pembekalan terbabit sebenarnya tidak pernah wujud,” katanya.

Azli berkata, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI