fbpx

Menjerit-jerit hubungi kekasih sebelum jatuh tingkat 11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 11 dari sebuah blok kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira pukul 7.39 malam.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa terjatuh dari tingkat 11 dimana terdapat sebuah kerusi plastik di koridor hadapan rumahnya.

“Sebelum kejadian, keterangan saksi di aras 11 dan aras sembilan ada melihat mangsa bercakap di telefon dengan suara menjerit-jerit.

“Keterangan ibu mangsa pula menyatakan si mati bercakap dengan teman wanitanya di telefon semasa ibunya hendak keluar untuk pergi makan pada pukul 5,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Sukarno, teman wanita mangsa yang merupakan warga Vietnam belum hadir bagi memberikan keterangan.

Ujarnya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI