PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan cuaca buruk di empat negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini.
Menurut MetMalaysia, hujan lebat serta ribut petir dijangka melanda Selangor melibatkan kawasan Hulu Langat, manakala Negeri Sembilan pula membabitkan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin.
“Amaran cuaca buruk tersebut turut dikeluarkan di kawasan terjejas di Melaka dan Johor termasuk daerah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Pontian,” lapor MetMalaysia.- KOSMO! ONLINE