PETALING JAYA – Gempa bumi kuat melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.07 pagi tadi.
Menerusi satu hantaran daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa kuat tersebut dilaporkan berukuran 6.2 skala magnitud.
“Kejadian berlaku di 5.3 darjah Utara dan 126.3 darjah Timur dengan kedalaman 109 kilometer (km).
“Ia terjadi 141km Utara dari Pulau Talaud, Indonesia,” katanya.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia lanjutan daripada kejadian itu. -KOSMO! ONLINE