fbpx

EPL: United buru pemain antarabangsa Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NMECHA

LONDON – Manchester United terus dikaitkan dengan beberapa nama pemain baharu yang akan dibawa masuk menjelang saingan musim depan apabila terbaharu dilapor mahu mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Jerman.

Selepas kejayaan mendapatkan Matheus Cunha dan berada pada fasa akhir sebelum menandatangani Bryan Mbeumo, United percaya mereka masih perlu mendapatkan khidmat pemain baharu.

Perkembangan itu menyebabkan mereka dikaitkan dengan perpindahan pemain tengah Borussia Dortmund, Felix Nmecha bagi memperkuatkan pasukan tersebut.

Wartawan BILD dari Jerman, Christian Falk mendedahkan bahawa United sedang menilai potensi perpindahan pemain berkenaan ekoran beberapa faktor, namun nilainya yang turun mendadak menjadikan perpindahan tersebut mampu direalisasikan.

“Manchester United berminat untuk mendapatkan Felix Nmecha. Dia memiliki kemampuan berbahasa Inggeris selain sangat mengenali Manchester kerana sebelum ini dia dilahirkan menerusi Akademi Manchester City.

“Dortmund juga sebelum ini meletakkan tanda harga £40 juta (RM231.98 juta), namun nilai tersebut kini turun sehingga £24 juta (RM139.19) sekali gus menjadi faktor utama menarik minat United,” katanya.

Bagaimanapun, Dortmund dilaporkan tidak akan mudah melepaskan khidmat pemain muda itu yang dianggap masih berguna untuk kelab tersebut, selain Nmecha juga perlu bersaing dengan Casemiro, Manuel Ugarte, Bruno Fernandes dan Kobbie Mainoo sekiranya berhijrah ke United. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI