fbpx

EPL: Elliott terlalu bagus untuk panaskan bangku simpanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELLIOTT dilabel antara pemain muda terbaik di England, namun gagal mendapat banyak peluang di Liverpool. - AFP

LONDON – Masa depan bintang muda Liverpool, Harvey Elliott mencetuskan tanda tanya selepas dia berjaya mempamerkan aksi cemerlang bersama skuad England pada Kejohanan Euro Bawah 21 (B-21).

Pemain berusia 22 tahun itu hanya membuat dua penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu bersama The Reds sekali gus menyebabkan dia kini sedang dipantau Brighton, West Ham dan RB Leipzig.

Elliot telah menunjukkan tanda-tanda ingin mencari ‘angin’ baharu apabila dia kelihatan beremosi di Anfield ketika meraikan kejuaraan Liverpool musim lalu dengan ramai pihak percaya ia merupakan isyarat perpisahan.

Menurut laporan, Brighton dan West Ham dikatakan sudah bersedia untuk mendapatkan khidmat bekas pemain Fulham itu, manakala RB Leipzig dari Bundesliga juga berminat membawa Elliott ke Jerman.

Legenda bola sepak England, Jermain Defoe turut menggesa Elliott untuk berpindah selepas dia meledak gol membantu kemenangan 2-1 England ke atas Belanda pada aksi berkenaan awal minggu ini.

“Dia terlalu bagus untuk sekadar memanaskan bangku simpanan. Apabila dia membuktikan kualiti dalam kejohanan besar seperti ini menentang pemain terbaik, dua gol yang kami saksikan sebelum ini membuktikan dia adalah pemain terbaik.

“Dia hanya perlu keluar dan bermain, memasukkan dirinya ke dalam pasukan di mana dia adalah salah seorang pemain utama. Persembahannya memang menakjubkan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI