fbpx

CWC: Real masih belum sempurna – Alonso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GARCIA (tengah) berjaya menjaringkan satu gol buat Real ketika menewaskan Salzburg 3-0 semalam. - AFP

PHILADELPHIA – Gergasi Sepanyol, Real Madrid tidak mempunyai masalah untuk bergelar juara Kumpulan H selepas menang ke atas Red Bull Salzburg dengan keputusan 3-0 dalam aksi Piala Dunia Kelab di Stadium Lincoln Financial semalam.

Pada perlawanan itu, skuad The Galacticos meraih tiga mata hasil penyudah Vinicius Junior, Federico Valverde dan Gonzalo Garcia untuk memastikan pasukan bertemu dengan Juventus pada aksi kalah mati minggu depan.

Pengendali Real, Xabi Alonso mengakui pasukannya masih belum boleh dilabel sebagai pilihan untuk ke suku akhir, sebaliknya menganggap pertemuan menentang Juventus nanti boleh diibaratkan seperti ‘pentas final’.

“Apabila berjaya mara ke peringkat kalah mati, semua perlawanan adalah final bagi pasukan dan kami perlu bersedia sepenuhnya.

“Secara jujur, saya gembira apabila pasukan dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan yang saya terapkan. Kali ini, saya gunakan taktikal yang berbeza tetapi kita masih mampu lakar kemenangan,” katanya.

Sementara itu, Vinicius mengakui pasukan perlu menggandakan usaha sekiranya berhasrat untuk bergelar juara pada kejohanan peringkat kelab paling berprestij ini.

“Pasukan sangat gembira apabila kami dapat beraksi dengan baik sepanjang peringkat kumpulan. Sekarang adalah masa untuk berehat sebelum mengharungi perlawanan lebih sukar nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI