fbpx

Buli MRSM: Dua lagi pelajar direman sampai Isnin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pelajar MRSM direman tiga hari bagi membantu siasatan membuli di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Dua pelajar tingkatan tiga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut ditahan reman selama tiga hari sehingga lusa bagi membantu siasatan membuli dua rakan sekolah mereka pada Selasa lalu.

Perintah reman terhadap remaja lelali berusia 15 tahun terbabit dibenarkan oleh Majistret Yuhanis Mohd. Roslan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, kedua-dua suspek turut disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini, seramai tujuh pelajar MRSM berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan kes buli membabitkan dua mangsa di asrama institusi pendidikan tersebut pada Selasa lalu.

“Ia termasuk lima pelajar berusia dalam lingkungan 15 hingga 17 tahun yang telah menerima perintah reman selama tiga hari di mahkamah sama semalam (kelmarin),” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan seorang pelajar tingkatan dua MRSM Besut mendakwa mengalami kesakitan pada bahagian perut dan rusuk serta belakang badannya lebam akibat ditumbuk dan ditampar olwh suspek-suspek.

Seorang lagi pelajar tingkatan dua MRSM sama kemudiannya mendakwa turut menjadi mangsa buli pelajar senior sama sehingga mengalami kesakitan pada kedua-dua belah kaki.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kesemua pelajar MRSM terbabit terlibat dalam kes membuli berkenaan dikenakan tindakan buang serta-merta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI