fbpx

Budak 6 tahun diberkas seludup dadah lebih RM9 juta  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak itu ditahan bersama ibunya dan lima warga Britain di Mauritius pada Ahad lalu. - defimedia.info

PORT LOUIS  – Seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun yang merupakan warga Britain ditahan di Mauritius selepas disyaki terlibat dalam penyeludupan dadah bernilai £1.6 juta (RM9.2 juta) yang disembunyikan dalam bagasinya, lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Kanak-kanak itu diberkas bersama ibunya serta lima warga Britain lain selepas tiba di Lapangan Terbang Sir Seewoosagur Ramgoolam pada Ahad lalu.

Pegawai kastam segera melakukan pemeriksaan dan menemui 1,661 kilogram ganja yang disembunyikan dalam beberapa bagasi milik kumpulan tersebut. 

Mereka juga menemui 14 kilogram dadah dalam bagasi kanak-kanak terbabit serta 17 kilogram dadah dalam bagasi ibunya. 

Pihak berkuasa Mauritius menyifatkan penggunaan kanak-kanak dalam sindiket penyeludupan dadah sebagai tidak berperikemanusiaan. 

Mangsa yang tidak mengetahui tentang keberadaan dadah dalam bagasinya itu diterbangkan semula ke United Kingdom. 

Pegawai kastam turut menemui 11 AirTag pada rampasan dadah sekali gus menandakan kumpulan adalah sebahagian daripada rangkaian jenayah terancang dari Eropah. 

Kumpulan itu tiba Mauritius dengan menaiki penerbangan British Airways dari London Gatwick. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI