fbpx

Bintang K-pop Kota Kinabalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang peniaga buah di Kota Kinabalu fasih berbahasa Korea.

PETALING JAYA – Seorang peniaga buah di Anjung Kinabalu, Sabah menjadi perhatian orang ramai selepas videonya bertutur fasih dalam bahasa Korea tular di media sosial.

Menerusi perkongsian pempengaruh dari Korea Selatan yang kini menetap di Malaysia, Manzang, menceritakan pengalamannya bertemu peniaga tersebut ketika membeli buah-buahan di pasar berkenaan.

“Inilah sebab kenapa orang Korea sangat suka Kota Kinabalu,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menurutnya, peniaga berkenaan sangat terkenal dalam kalangan pelancong dari Korea dan sering menjadi tumpuan mereka yang bercuti di Sabah.

“Saya akan berjumpa dengan ‘bintang’ Kota Kinabalu yang sangat terkenal di Korea,” ujarnya dalam hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen memuji usaha peniaga tersebut mempelajari bahasa Korea demi menarik hati pelanggan, sekali gus membantu mempromosikan Sabah di mata dunia.

“Serius hebat dan lancar sahaja lelaki itu bertutur dalam bahasa Korea. Sudahlah gerai tempat dia jual mangga itu sekali jadi popular,” kata Fieysah.

“Saya suka cara adik ini yang pada masa yang sama dapat meningkatkan ekonomi dan memperkenalkan Sabah pada mata dunia. Kerana ini juga ramai orang Korea Selatan suka datang Kota Kinabalu, sudah dua kali pergi Korea semua puji Sabah,” komen Sephia.

“Sabah sentiasa istimewa buat pelancong datang dari Korea Selatan sebab setiap kali saya keluar jalan-jalan sekitar Sabah juga sentiasa tengok mereka (orang Korea), sayang korang sangat,” balas Adeb. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI