fbpx

Beras Kemboja tetapi dilabel dari Thailand dijual di pasaran China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMBOJA dituduh melabelkan berasnya dari Thailand untuk pasaran di China. - Foto NWFlags/Pattaya Mail

BANGKOK – Kemboja dituduh membuat pelabelan palsu berasnya untuk dijual di pasaran China, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Menurut Kementerian Perdagangan Thailand, Kemboja didakwa melabelkan berasnya sebagai beras jasmin Thailand.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa, Sunanta Kangvalkulkij mendedahkan tentang aduan daripada warga Thailand di China.

Aduan itu menyatakan bahawa beras Kemboja dijual di pasar raya China dengan pembungkusan yang memaparkan bendera Thailand dan tanda menyerupai pensijilan rasmi untuk beras jasmin Thai.

Sunanta berkata, pihaknya telah mengarahkan tujuh pejabat Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa di China yang terletak di Chengdu, Kunming, Nanning, Guangzhou, Xiamen, Shanghai dan Qingdao  untuk melaksanakan empat langkah utama. 

Ia termasuk perbincangan dengan pengimport beras jasmin Thailand dan platform online untuk menghentikan penjualan beras yang dibungkus secara tidak betul selain untuk memastikan pelabelan yang tepat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI