fbpx

Bas bawa pelajar terjunam dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bas dua tingkat yang membawa pelajar itu terbabas lalu terjunam ke dalam Sungai itchen semalam. - Solent

LONDON – Sekurang-kurangnya 17 orang cedera selepas sebuah bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam sungai di Hampshire, England, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Kemalangan berlaku sekitar pukul 10.00 pagi (waktu tempatan) di Sungai Itchen dekat  bandar Eastleigh. 

Bas Bluestar 607 itu membawa pelajar ke Kolej Barton Peveril sebelum terbabas dari Bishopstoke Road lalu terjunam ke dalam sungai. 

Pemandu dan empat penumpang telah dibawa ke hospital, dengan dua daripada mereka parah, demikian menurut polis. 

Datuk Bandar Eastleigh, Janice Asman menyifatkan kemalangan itu sebagai mengerikan. 

Seorang mangsa bernama Freddie Sampson berkata, pengalaman menakutkan itu berlaku apabila pemandu bas dipercayai hilang kawalan. 

“Bas itu melanggar lampu jalan, menyebabkan tingkap depan pecah,” kata Sampson. 

Inspektor Andy Tester berkata, beberapa orang termasuk pemandu ditemui terperangkap di dalam bas sejurus selepas perkhidmatan kecemasan tiba di tempat kejadian.

Pengurus Blurstar, Richard Tyldsley berkata: “Setakat ini, kami masih belum mengetahui punca kejadian. 

“Siasatan masih giat dijalankan,” tambah Tyldsley. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI