fbpx

Yasin Sulaiman makin berisi di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yasin dilihat semakin sihat dan berisi selepas mendapatkan rawatan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan. – Foto: IG Muhammad Kamil Abdul Munim

PETALING JAYA – Berbeza penampilan ketika berada di penjara, penyanyi Yasin Sulaiman, 50, yang menerima rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Tanjung Rambutan, Perak kelihatan lebih berisi dan ceria.

Perkara tersebut dikongsikan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan iaitu Muhammad Kamil Abdul Munim yang menziarahi pemilik nama lengkap Muhammad Yasin Sulaiman itu semalam.

“Diberi kesempatan untuk menziarahi sahabat yang juga seorang pejuang, saudara Yasin Sulaiman yang kini berada di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan (Perak),” katanya dalam perkongsian Instagram miliknya.

Dalam hantaran sama, Kamil turut menyelit beberapa rangkap lagu Sepi Perantau yang pernah dipopularkan Yasin ketika bersama kumpulan Brothers.

Sementara itu, peminat juga bersyukur melihat keadaan terkini pelantun lagu Mimpi Laila itu.

“Apabila diletakkan di tempat yang betul, alhamdulillah dia semakin sihat berbanding di dalam penjara,” ujar netizen.

“Semoga cepat sihat abang Yasin,” tutur pengikut.

“Nampak dia lebih sihat dan cergas,” luah peminat.

Difahamkan, Kamil melakukan kunjungan tersebut selepas menghadiri beberapa program komuniti di kawasan Parlimen Tambun, mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Yasin pernah kehilangan berat badan sebanyak 18 kilogram (kg) kerana menghidap penyakit tiroid ketika berada di penjara sejak November 2022.

Malah abang Yasin iaitu Zain Sulaiman mengakui adiknya itu terlalu kurus sehingga menampakkan tulang.

Pada 29 November 2023, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas dan membebaskan Yasin atas tiga pertuduhan tersebut.

Bagaimanapun pada Ogos 2024, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan ke atas Yasin yang mana Hakim Datuk Norsharidah Awang menetapkan hukuman itu selepas Yasin didapati bersalah atas tiga pertuduhan tersebut.

Sebelum ini, Yasin menarik nafas lega apabila kekal dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 28 April lalu atas tiga pertuduhan berkaitan dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI