JAKARTA – Seorang wanita di wilayah Jambi, Indonesia menerima kecaman orang ramai kerana menunggang motosikalnya melalui jalan yang baru diturap, lapor portal berita Lambe Turah semalam.
Rakaman video dimuat naik di media sosial memaparkan wanita terbabit menunggang sebuah motosikal yang dibonceng anak lelakinya.
Dia kemudian melalui sebatang jalan yang masih dalam pembinaan.
Meskipun tersangkut dan ditegur pekerja pembinaan, dia meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan mereka.
Klip video itu tular dan menimbulkan pelbagai reaksi di ruangan komen.
“‘Mak’ siapa ini?” kata seorang netizen.
“Siapa berani melawan makhluk terkuat di bumi?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI