fbpx

[VIDEO] Dua pemandu berdamai selepas selisih faham di plaza tol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian yang tular di Facebook.

KUALA LANGAT – Gara-gara memotong barisan sehingga berlaku pelanggaran menjadi perselisihan faham antara dua pemandu termasuk lori dalam kejadian Plaza Tol Telok Panglima Garang di sini semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.15 petang dengan insiden itu tular menerusi beberapa video di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, hasil siasatan mendapati berlaku salah faham antara kedua-dua pihak apabila pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux berusia 20-an telah memotong barisan sebelah kiri sebelum memasuki lorong tunai plaza tol itu.

Katanya, ia seterusnya menyebabkan pelanggaran dengan sebuah lori dipandu lelaki berusia 40-an.

“Pemandu Hilux cuba mengajak pemandu lori untuk berbincang selepas berlakunya kemalangan itu. Namun, pemandu lori enggan berbincang dan terus memandu sehingga terjadi perselisihan faham,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan, kedua-dua pemandu telah tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah ini bagi memberikan memberikan keterangan berhubung kejadian itu.

Tambahnya, siasatan menyeluruh telah dijalankan dan kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan perkara ini secara baik.

“Dalam masa yang sama majikan pemandu lori kenal antara satu sama lain dengan pemandu Hilux tersebut.

“Laporan polis turut dibuat pemandu lori itu dan siasatan dilakukan dari sudut kemalangan mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI