fbpx

Tiada alasan untuk halalkan perlakuan buli di MRSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi semasa berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rantau Panjang di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Pasir Mas, Pasir Mas. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

PASIR MAS – Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak akan menerima sebarang alasan untuk merasionalkan atau menghalalkan perlakuan enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Besut, Terengganu yang dibuang serta-merta selepas terbabit kes membuli pelajar tingkatan dua sehingga cedera.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pintu MRSM sudah tertutup rapat buat mereka.

“Rayuan ke apa ke, jangan harap nak ketuk pintu saya. Sebab perlakuan buli yang menyebabkan kecederaan fizikal bagi saya amat serius.

“Langkah prevensi terhadap perlakuan buli telah disediakan bagi mengelak berlakunya kejadian seperti di MRSM Nibong Tebal, Pulau Pinang pada April lalu dan MRSM Besut, Terengganu kelmarin termasuk kewajipan menandatangani aku janji oleh semua pelajar,” ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rantau Panjang di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Pasir Mas, di sini hari ini.

Asyraf Wajdi memberitahu, beliau kekal dengan keputusan tidak akan berkompromi dengan segala perlakuan buli di semua institusi pendidikan Mara di seluruh negara.

Menurutnya, kejadian buli di MRSM Besut amat mendukacitakanya dan percaya segala proses termasuk prosedur di peringkat MRSM telah dilaksanakan berkaitan kes tersebut termasuk arahan pembuangan pelajar terbabit dengan serta-merta.

“Memang perlakuan itu (buli) benar. Justeru, saya mengarahkan Jawatankuasa Disiplin Bahagian Pendidikan Menengah supaya tidak berkompromi dengan apa juga alasan, termasuk tidak puas hati dengan ‘junior’ yang melakukan kesalahan,” ujarnya.

Media semalam melaporkan, seorang pelajar tingkatan dua MRSM di Besut mendakwa dibuli sekumpulan pelajar senior pada malam Selasa lalu sehingga cedera di perut, rusuk dan belakang badan.

Mangsa mendakwa dipaksa duduk separa mencangkung dengan kepalanya diletakkan selipar kira-kira 40 minit pada pukul 11.30 malam.

Remaja lelaki itu juga mendakwa ditumbuk selain mukanya ditampar sehingga mengalami kesakitan pada perut dan rusuk serta belakang badannya lebam.

Seorang warden yang menyedari kejadian itu segera membawa mangsa dan kesemua suspek ke pejabat warden asrama sebelum ibu bapa mangsa yang dimaklumkan insiden berkenaan membawa anak mereka ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI