fbpx

‘Saya nak jadi guru tapi keluarga tak mampu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Syahmi (kiri) bersama keluarganya ketika ditemui di Bandar Baru Beris Jaya, Sik baru-baru ini.

SIK – Impian seorang remaja untuk melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun mungkin tidak kesampaian ekoran kekangan kewangan yang dihadapi keluarganya.

Menurut Muhammad Syahmi Azril Saidiljamal, 18, dia menerima tawaran untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan telah membayar yuran pendaftaran sebanyak RM630.

“Wang yuran pendaftaran itu hasil bantuan guru-guru Sekolah Menengah Sik, mereka hulurkan bantuan sebanyak RM500.

“Namun begitu, saya masih berkira-kira kerana kos persedia­an masuk asrama dan perbelanjaan sepanjang berada di sana nanti sangat tinggi. Keluarga saya tidak mampu nak bayar semua itu,” katanya di sini baru-baru ini.

Muhammad Syahmi yang memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2A, 3A, 4B, 1C+ dan 1C dijadualkan mendaftarkan diri di IPG pada 11 Ogos depan.

“Bapa saya, Saidiljamal Abu Said, 43, menyara keluarga de­ngan menoreh getah, manakala ibu, Nor Azlinda Ahmad, 38, pula tidak bekerja dan menghidap kanser payudara tahap empat sejak lebih setahun lalu.

“Saya mempunyai dua adik iaitu Muhammad Syafiq Aiman, 13, dan Muhammad Syakir Aidil, 8, yang masih bersekolah. Pendapatan bapa sebagai penoreh getah tidak sampai RM900 sebulan dan tidak dapat menoreh sekiranya cuaca hujan,” katanya.

Ujar Muhammad Syahmi, jika hujan, bapanya terpaksa bergantung kepada upah meracun dan menebas rumput di kebun orang kampung.

“Saya kasihan dengan bapa kerana perlu menyediakan belanja kira-kira RM300 termasuk sewa kereta setiap kali membawa ibu ke hospital di Sungai Petani dan Pulau Pinang. Ibu terpaksa mendapatkan rawatan tiga hingga empat kali sebulan.

“Saya sememangnya mengimpikan untuk menjadi seorang guru bagi mengubah nasib keluarga,” katanya.

Orang ramai yang ingin me­ringankan beban remaja itu boleh menyalurkan bantuan melalui akaun Bank Simpanan Nasional miliknya 0299-5411-0093-4925 atau menghubunginya di talian 013-8293 035.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI