fbpx

Safee lepas jawatan Presiden PFAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAFEE (kiri) bersama Izham ketika menjadi wakil PFAM ke Perhimpunan Agung Persekutuan Pemain Bola Sepak Profesional Antarabangsa (FIFPRO) Asia dan Oceania di Tokyo, minggu lalu.- PFAM

PETALING JAYA – Persa­tuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) kehilangan nakhoda selepas presidennya, Safee Sali ambil keputusan lepaskan jawatan.

Keputusan itu diumumkan sendiri oleh Safee menerusi laman media sosial Instagram miliknya kerana mahu memberi ruang kepada ‘muka baharu’ mencurahkan idea kepada PFAM.

“Saya ingin meletakkan jawatan sebagai Presiden PFAM, ini minggu terakhir saya sebagai presiden. Ini bukan keputusan mudah, saya ambil langkah memberi ruang kepada pemain muda untuk mengetuai PFAM.

“Saya harap selepas ini persekitaran bola Malaysia lebih baik, pemain jadi kunci utama menggerakkan bola sepak di Malaysa. Tanggungjawab saya setakat ini sudah selesai dan saya ucapkan terima kasih kepada kakitangan PFAM kerana bantu saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail menjelaskan pihaknya cukup berterima kasih kepada Safee kerana sudah pun melaksanakan tugasnya dengan baik selaku presiden.

“Terima kasih atas kepimpinan dan khidmat anda. Sangat berbesar hati dapat menempuh perjalanan ini bersama anda dan selamat maju jaya untuk harungi apa saja selepas ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI