fbpx
Bas sekolah yang ditahan JPJ atas beberapa kesalahan.

Padah pandu bas sekolah tanpa PSV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Tindakan seorang pemandu bas sekolah membawa pelajar tanpa lesen memandu vokasional (PSV) memakan diri apabila ditahan di Persiaran Puncak Alam di sini, Selasa lalu.

Kesalahan lelaki berusia 60 tahun itu dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang melakukan rondaan, kira-kira pukul 6.40 petang.

Pengarah JPJ negeri, Azrin Borhan berkata, semasa kejadian pemandu itu sedang mengambil serta menghantar pelajar sekolah pulang ke rumah dan hasil pemeriksaan mengesan empat kesalahan dilakukan pemandu termasuk tiada PSV dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

“Lelaki itu mengaku kesalahan itu dan memaklumkan hanya berkerja mencari rezeki. Empat notis saman dikeluarkan serta merta dan tiada penahanan atau sitaan dilakukan,” katanya hari ini.

Tambah Azrin, semakan mendapati bas sekolah itu berdaftar secara sah dan bukannya kenderaan sapu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI