fbpx

Letupan misteri di Ipoh belum tahu punca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keratan artikel Kosmo! Online yang melaporkan kejadian letupan misteri di Ipoh sebelum ini.

IPOH – Ledakan sonik daripada gelombang kapal terbang jet bukan punca kepada letupan atau gegaran misteri yang berlaku di ibu negeri ini pada minggu lalu.

Menurut Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Perak, dentuman yang berlaku pada tahun 2012, 2018 serta 2024 juga telah dipastikan bukan akibat letupan aktiviti kuari, ujian bom atau sonic boom (ledakan sonik) kapal terbang jet.

Jabatan berkata, kajian awal menunjukkan kawasan di mana orang awam mendengar bunyi letupan tersebut adalah dalam lingkungan yang sama iaitu Chemor, Klebang, Meru, Tambun dan Gunung Rapat.

“JMG Perak akan terus menjalankan kajian dari punca geologi sekitaran Ipoh dan setakat ini belum dapat mengesan puncanya,” menurut jabatan itu hari ini.

Kejadian terkini berlaku pada 18 Jun lalu kira-kira 10.30 pagi sehingga ada penduduk mendakwa tingkap di rumah dan pejabat turut bergegar sebaik sahaja bunyi kuat itu kedengaran.

Mengulas mengenai perkara sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, siasatan masih diteruskan oleh pihak polis kerana ia berkaitan keselamatan negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI