JAKARTA – Seorang lelaki di Bogor, wilayah Jawa Barat berdepan detik cemas apabila dia tercekik bakso atau bebola daging ketika seronok berbual dengan rakannya, lapor portal berita Lambe Turah semalam.
Kejadian berlaku di kantin Jabatan Penduduk dan Pendaftaran Awam.
Jurucakap Jabatan Bomba Bogor dikenali sebagai Rusdi berkata, mereka bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan mengenai pengunjung yang tercekik bakso.
“Tiba di lokasi, kami terus menyelamatkan lelaki terbabit dengan memasukkan jari ke dalam mulutnya.
“Cara itu dilakukan supaya dia berasa mual dan muntah.
“Bebola daging yang dikeluarkan bukan separuh, tetapi sebiji. Operasi menyelamat mengambil masa selama kurang tiga minit,” tambah Rusdi. – AGENSI