fbpx

Kereta ‘terbang’, jalan tiba-tiba ada bonggol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kereta bergerak di jalan yang 'benjol' di Cape Girardeau. - Foto Albert Blackwell/Storyful

NEW YORK – Sebuah kereta ‘terbang’ ketika melalui jalan asfalt  yang  membentuk bonggol disebabkan cuaca panas ekstrem dalam kejadian di bandar Cape Girardeau, negeri Missouri, lapor portal berita AOL kelmarin.

Seorang netizen dikenali sebagai Albert Blackwell merakam kejadian itu sebelum ia tular di media sosial, Storyful.

Ketika itu,  suhu mencecah 32 darjah Celsius.

Tiada tanda-tanda kereta itu rosak selepas kejadian.

Suhu yang memecahkan rekod, disebabkan oleh apa yang dipanggil kubah haba menjadi lebih panas pada Selasa lalu dengan bandar-bandar utama di seluruh Pantai Timur mencecah suhu melepasi 37 darjah Celsius.

“Ramai orang tidak pernah melihat haba (panas) seperti ini dalam tempoh yang agak lama,” kata seorang ahli meteorologi laman berita FOX Weather, Cody Braud. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI