fbpx

Hujan lebat di Perak, Selangor pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat di beberapa kawasan di Perak, Selangor, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 10 pagi ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk pagi ini dijangka melanda di Perak sekitar kawasan Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

“Hujan lebat turut melanda Selangor melibatkan kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

“Amaran cuaca buruk tersebut turut dikeluarkan di kawasan terjejas sekitar Sarawak iaitu Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah) manakala di Sabah melibatkan Tawau (Tawau dan Semporna),” lapor MetMalaysia.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI