fbpx

Buli MRSM: Dua lagi ditahan, seorang pelajar dakwa turut jadi mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima pelajar MRSM ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan membuli di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

BESUT – Dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut ditahan bagi membantu siasatan membuli rakan sekolah di asrama institusi pendidikan tersebut pada Selasa.

Kedua-dua suspek berusia 15 tahun ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut pada pukul 4 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, setakat ini, enam pelajar MRSM berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Sebelum ini, lima pelajar iaitu empat orang berada tingkatan tiga dan seorang tingkatan empat telah ditahan reman selama tiga hari sehingga lusa bagi membantu siasatan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.

“Permohonan reman terhadap dua pelajar yang ditahan hari ini akan dilakukan esok,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azamuddin berkata, pihak polis juga menerima pengakuan terbaharu seorang lagi pelajar tingkatan dua yang turut mendakwa dicederakan suspek-suspek serupa dalam insiden sama pada Selasa lalu.

Beliau berkata, mangsa juga berusia 14 tahun mendakwa mengalami kesakitan pada kaki kanan dan kiri akibat kejadian buli terbabit.

Kosmo! Online semalam melaporkan seorang pelajar tingkatan dua MRSM Besut mendakwa mengalami kesakitan pada bahagian perut dan rusuk serta belakang badannya lebam akibat ditumbuk dan ditampar suspek-suspek.

Mangsa turut mendakwa dipaksa duduk separa mencangkung sambil kepalanya diletakkan selipar selama kira-kira 40 minit.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kesemua pelajar MRSM terbabit terlibat dalam kes membuli berkenaan dikenakan tindakan buang serta-merta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI