fbpx

‘Berehatlah Kieda dari media sosial, tak perlu panjang drama’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulin menasihatkan pempengaruh sensasi, Kieda memohon maaf dan tidak memanjangkan drama atas keterlanjuran tindakannya.

‘Kita tak selalu betul, ada peluang betulkan’

PETALING JAYA – “Rehatlah dik dari media sosial.”

Demikian nasihat pelakon dan pelawak Zulin Aziz kepada pempengaruh Kieda agar tidak meluangkan masa di gelanggang media sosial buat masa ini selepas dikecam sebaik mendedahkan dirinya terkena penyakit dikenali sebagai herpes.

Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 35, turut menyarankan peniaga makanan terbabit jangan lagi memberikan kenyataan atau cuba membetulkan keadaan yang semakin keruh.

“Dalam keadaan sekarang, lagi kita cakap lagi banyak salah yang akan keluar.

“Kita tak selalunya betul tapi kita ada peluang nak betulkan keadaan.

“Kita bukan sempurna tapi kita boleh jadi lebih baik dari sebelumnya. Ikhlas dari hati untuk Kieda, pergilah ‘healing’ mana-mana,” katanya dalam Threads.

Selain memintanya menjauhi media sosial, pelakon drama From Saga With Love itu turut meminta Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra memohon maaf secara terbuka selain menyesali tindakannya.

“Mudah saja adik kalau bagi kenyataan minta maaf. Saya dengan rendah diri memohon maaf atas apa yang berlaku.

“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam bergurau, memuat naik sebarang kandungan dalam media sosial.

“Saya juga manusia biasa tak lari dari membuat kesilapan, maafkan saya. Selepas itu kau boleh tenangkan diri, rehat dulu dari media sosial.

“Tidak perlu panjang-panjang drama, tak perlu salahkan orang lain,” ujarnya lagi.

Terdahulu, menerusi sebuah video tular dalam media sosial, Kieda mendedahkan dirinya terkena jangkitan herpes.

Wanita yang sering mencetuskan kontroversi itu dikatakan mengaitkan jangkitan tersebut dengan suaminya selain menyatakan bahagian sulit pasangannya berbau masam.

Perkongsian tersebut sekali gus mengundang kritikan dan kecaman orang ramai apabila disifatkan membuka aib pasangan dan hal rumah tangga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI