fbpx

Beli kek paling mahal untuk ulang tahun ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemuda membelikan kek 'red velvet' sempena ulang tahun ibunya.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemuda yang membeli kek ulang tahun melebihi bajet demi menggembirakan ibunya meraih perhatian orang ramai.

Menerusi satu hantaran di Facebook oleh Melati Shazlynn, pemuda yang dipercayai bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai makan itu difahamkan datang ke kedainya untuk membeli kek sempena ulang tahun ibunya dengan bajet di bawah RM100.

Katanya, setelah melihat pilihan yang ada dan mempertimbangkan untuk dikongsi bersama ibu serta adik-beradik, pemuda tersebut akhirnya memilih sebiji kek ‘red velvet’ bersaiz sembilan inci berharga RM129 yang merupakan kek paling mahal ditawarkan di premis berkenaan.

“Budak lelaki ini datang kedai tanya ada jual kek harga bawah RM100 tak. Dia cari kek untuk raikan birthday (ulang tahun) emak dia dengan adik beradik lain. Dia kerja kedai makan, semalam baru dapat gaji.

“Dia akhirnya pilih kek yang paling mahal sekali. Whole (sebiji) kek red velvet saiz sembilan inci harga RM129,” katanya dalam hantaran tersebut.

Menerusi ruangan komen, kebanyakan orang ramai memuji tindakan menyentuh hati pemuda itu meskipun sumber kewangan yang terhad.

“Hebatnya anak baik, anak soleh. Moga Allah lancarkan rezeki adik ini, mewahkan dia dengan kasih sayang dari mak, adik beradiknya, keluarga juga orang sekeliling. Sebak pula baca,” kata Serenity.Nia.

“Bagus betul anak soleh ini. Semoga syurga buatmu dik, terus jadi anak yang berbakti kepada ibu dan adik lain ye,” komen Wans_Daughter.

“Semoga rezekimu diluaskan seluasnya dik. Terus jadi anak yang baik dan semoga berjaya dunia akhirat,” ujar Siti Mariam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI