fbpx

Wanita terjun feri selepas dirasuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan wanita itu terbaring dalam keadaan lemah selepas terjun ke laut. - Banjarmasin Post

JAKARTA – Penumpang sebuah feri terkejut apabila seorang wanita terjun ke dalam laut di perairan Kalimantan Selatan, dipercayai dirasuk, lapor portal berita Banjarmasin Post semalam. 

Kejadian berlaku ketika feri tersebut belayar di Selat Batulicin menuju Pelabuhan Tanjung Serdang Kotabaru.  

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan wanita terbabit terjun daripada feri, menyebabkan penumpang lain panik dan menjerit ketakutan. 

Seorang kru kapal bergegas memakai jaket keselamatan dan terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan wanita itu. 

Operasi menyelamat dilakukan dengan pantas sambil disaksikan penumpang lain. 

Wanita itu kemudian dibawa naik ke atas feri lalu diberikan bantuan kecemasan. 

Penyelaras Unit Siaga SAR Batulicin, Abdul Azis mengesahkan mangsa berjaya diselamatkan dan berada di Balai Polis Sungai Pinang.

Maklumat awal diterima pasukan penyelamat menyebut wanita itu disyaki dirasuk sebelum terjun ke tengah laut. 

“Dia dipercayai dirasuk sebelum terjun ke dalam laut. Dia bagaimanapun diselamatkan oleh kru feri berkenaan,” kata Abdul Azis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI