fbpx

Wanita maut terjatuh tingkat lapan hotel di PD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba membantu membawa turun seorang wanita berusia 26 tahun yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah hotel, di sini, petang semalam. -IHSAN BOMBA

PORT DICKSON – Seorang wanita berusia 26 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah hotel, di sini, petang semalam.

Menurut Ketua BBP Port Dickson, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPgB) Mohd Kamal Mohd Timar, pihaknya menerima laporan pukul 6.40 petang dan mendapati seorang wanita berada di bahagian bumbung tingkat satu.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat lapan ke balkoni di tingkat satu. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin mengesahkan laporan berhubung kejadian dan menyatakan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI