fbpx

[VIDEO] Penuntut universiti di Cyberjaya maut, ada kesan hentakan di kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar klip video yang memaparkan pihak polis ketika menguruskan mayat mangsa.

SEPANG- Seorang penuntut wanita sebuah universiti swasta di Cyberjaya ditemui maut dalam rumahnya dipercayai dibunuh pagi kelmarin.

Mangsa berusia 20 tahun berasal dari Sarawak itu ditemui maut oleh rakan serumah dengan kesan kecederaan di kepala kira-kira pukul 10.28 pagi di Mutiara Ville, Cyberjaya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati, tidak terdapat sebarang kesan pecah masuk ke atas kediaman mangsa.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut ke atas tubuh mangsa mendapati terdapatnya kecederaan ditemui di bahagian kepala.

“Mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Serdang untuk tujuan bedah siasat dan hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat kecederaan akibat hentakan objek tumpul pada kepala.

“Selain itu, tiada kesan kecederaan ditemui pada tubuh mangsa yang boleh dikaitkan dengan rogol,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Norhizam berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Husny Hussien di talian 012-9307860, atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Berdasarkan beberapa rakaman video yang tular, sepasukan anggota polis dilihat membawa mayat mangsa keluar dari kediamannya sebelum dibawa ke hospital untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI