fbpx

[VIDEO] Padah parkir merata, 5 kereta kena seret di LRT Glenmarie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan keadaan kereta yang rosak akibat diseret ketika parkir di LRT Glenmarie, Shah Alam.

PETALING JAYA – Lima buah kenderaan yang diletakkan berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Glenmarie, Shah Alam, dipercayai terlibat dalam satu insiden langgar lari tular di media sosial.

Menerusi satu klip video yang dikongsikan oleh Awinn, kelihatan beberapa kereta mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dan sisi kanan.

Difahamkan, pemandu yang terlibat dalam kejadian itu masih belum dikenal pasti dan tiada sebarang nota makluman atau permohonan maaf ditinggalkan di lokasi kejadian.

“Balik kerja hari ini nampak banyak kereta kena seret. Sudahlah tidak tinggalkan sebarang nota tertulis maaf sekalipun.

“Sakit betul tengok damage (kerosakan) kereta walaupun bukan kereta sendiri yang kena. Tak dapat bayang kalau diri sendiri punya kena.

Menerusi ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa simpati terhadap pemilik kenderaan terbabit memandangkan situasi di stesen LRT tersebut tidak mempunyai ruangan parkir yang mencukupi.

“Ye kesian gila kereta-kereta yang kena ni. Terkejut tengok semalam balik kerja. Bertabah owner (pemilik) kereta. Lagi satu, mana yang mengecam mulut puaka tu, dorang taktahu agaknya parking kereta dekat LRT Glenmarie ni memang sangat terhad. Jadi kalau dalam penuh memang terpaksa parkir sisi jalan macam ini,” kata Syahmil Nazreen.

“Hm kesiannya dekat owner (pemilik) kereta, balik kerja tengok kereta macamni. Cuba buat parkir 10 tingkat terus kan senang. Bayar setiap bulan tiada orang nak letak kereta tepi jalan,” luah Md Feroz.

Dalam pada itu, orang ramai turut berpendapat insiden berkenaan wajar dijadikan pengajaran kerana kereta-kereta tersebut diletakkan di kawasan yang menghalang laluan bagi kenderaan lain.

“Dah tempat itu bukan tempat parkir. Bayangkan bas nak keluar situ macam mana. Lagi kesian dekat bas sebab menyusahkan dia nak keluar masuk situ,” ujar Athrhj.

“Kiri kanan parkir kereta. Bas nak lalu tak lepas, sekarang.. mendapatlah. Jangan selfish (pentingkan diri,” balas Mr. Zano. -KOSMO! ONLINE

@aawinn10 Cerita hari ini [25 Jun 2025] Balik kerja harini nampak banyak kereta kene seret.. dah la tak tinggalkan sebarang nota yang tertulis perkataan maaf sekalipun.. Sakit mat tengok damage kereta walaupon bukan kereta sendiri yang kena.. takdapat bayang kalau kereta sendiri yang kene seret.. moga yg terkesan bertabah dan dipermudah segala urusan.. #glenmarie #lrtglenmarie #shahalam ♬ som original – Movimento Reggae Parnarama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI