fbpx

[VIDEO] ‘Muka askar, suara pramugari’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki yg mengubah suaranya seperti wanita

PETALING JAYA – Gelagat seorang lelaki yang meniru suara wanita ketika berbual melalui telefon dengan individu dipercayai dikenali menerusi aplikasi cari jodoh mencuri perhatian orang ramai.

Rakaman yang tular di media sosial memaparkan lelaki berkenaan mengubah suaranya sehingga kedengaran seperti wanita, menyebabkan individu di hujung talian mempercayai dia memang seorang perempuan.

Mereka dilihat berbual mengenai topik berkaitan hubungan cinta seperti lelaki dan perempuan, malah perbualan itu berlangsung tanpa sebarang syak wasangka daripada pihak satu lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan memuji kebolehannya meniru suara wanita.

“Bayangkan tengah syok kepit suara tiba-tiba terkeluar suara jantan, naya weh,” kata Awin.

“Merdu suara kau bang, sampai jantan itu jatuh cinta sekali dapat tahu confirm trauma,” ujar Ayzal Hamirul.

“Lain macam bang, muka macam baru habis rekrut askar, tapi sekali keluar suara,” komen RD kitchen..

Sementara itu, ada juga yang mempersoalkan sikap individu yang berbual dengan lelaki tersebut, menyifatkan ia mendedahkan tabiat kurang baik sesetengah lelaki di aplikasi cari jodoh.

“Dia ini hari-hari aku tengok berbual sambil expose (dedahkan) semua perangai ‘red flag’ lelaki dekat Malaysia ini,” balas Diane.

“Alamak laki siapalah ini perangai macam ini,” kata Winda Ibrahim. -KOSMO! ONLINE

@jojo34_31Tgk boleh sentuh jgn 😅😂😂♬ bunyi asal – Jojo

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI