fbpx

Tambah nilai pas My50 melalui e-wallet – Anthony

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony ketika menyampaikan taklimat dan sidang media pengumuman pendigitalan Pas MY50 di Stesen KL Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR – Pas perjalanan tanpa had My50 kini boleh diperbaharui menerusi aplikasi Touch ‘n Go e-wallet mulai 1 Julai ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah pendigitalan itu membolehkan proses tambah nilai dibuat tanpa perlu menunjukkan MyKad seperti sebelum ini.

“Pengguna kini tidak perlu lagi beratur di kaunter bagi urusan pembelian dan pengaktifan pas My50. Ia boleh dilakukan terus melalui telefon pintar dengan pantas dan mudah,” katanya pada sidang akhbar pengumuman pendigitalan Pas My50 di Stesen KL Sentral, hari ini.

Tambah beliau, kaedah pembaharuan sedia ada menggunakan MyKad masih dikekalkan bagi memberi fleksibiliti kepada mereka yang belum bersedia untuk beralih ke sistem digital.

“Pengguna yang mahu teruskan seperti biasa boleh ke kaunter dan memperbaharui menggunakan MyKad, tetapi bagi yang mahu lebih cepat dan mudah, e-wallet adalah pilihan terbaik,” jelasnya.

Anthony berkata, inisiatif itu dijangka menyelesaikan masalah kesesakan di kaunter-kaunter utama, selain menjimatkan masa pengguna.

Katanya, inisiatif sama turut dirancang untuk produk lain seperti Pas MyCity menjelang akhir tahun ini, seiring aspirasi kerajaan ke arah sistem pengangkutan awam digital dan tanpa tunai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI