fbpx

Pelajar tingkatan dua cedera dibuli senior asrama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BESUT – Seramai lima pelajar tingkatan tiga ditahan bagi membantu siasatan membuli rakan sekolah mereka berusia 14 tahun sehingga mengalami kecederaan di sebuah asrama sekolah di daerah ini pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, mangsa mendakwa dipaksa duduk separa mencangkung sambil kepalanya diletakkan selipar selama kira-kira 40 minit pada pukul 11.30 malam, Selasa lalu.

“Remaja lelaki berkenaan juga mendakwa ditumbuk pada bahagian perut selain muka ditampar. Ia menyebabkan mangsa mengalami kesakitan pada bahagian perut dan rusuk serta belakang badannya lebam. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azamudin berkata, seorang warden bertugas yang menyedari insiden tersebut membawa mangsa dan kesemua suspek ke pejabat warden asrama sebelum ibu bapa mangsa yang dimaklumkan insiden berkenaan membawa anak mereka ke hospital untuk menerima rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI