fbpx

Muhamad Norazlan dilantik Panglima Tentera Udara ke-21

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Norazlan dipakaikan pangkat Jeneral oleh isterinya dan Mohd Asghar (kiri) pada Majlis Pemakaian Pangkat di Pangkalan Udara Subang, hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI

SUBANG – Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris secara rasminya dilantik sebagai Panglima Tentera Udara menggantikan Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan, hari ini.

Mohd. Asghar Khan menamatkan perkhidmatannya selepas lebih empat dekad dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pelantikan Muhamad Norazlan sebagai PTU ke-21 disempurnakan menerusi Upacara Serah Terima Tugas PTU yang diadakan di Pangkalan Udara Subang, di sini.

Upacara pemakaian pangkat Jeneral kepada Muhammad Norazlan disempurnakan oleh isterinya serta Mohd. Asghar.

Ia turut disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar.

Terdahulu Mohd Asghar ketika berucap berkata, beliau berterima kasih buat semua peringkat kepimpinan di atas kerjasama dan sokongan yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatannya.

“Semua kejayaan tidak dapat dicapai tanpa kerja berpasukan dan sokongan seluruh warga TUDM. Kejayaan seorang Panglima adalah cerminan kekuatan dan dedikasi warga yang dipimpinnya.

“Saya berdiri di sini dengan penuh rasa bangga kerana diberi kesempatan memimpin pasukan yang begitu unggul dan berdedikasi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI