fbpx

Kereta ‘berdiri’ terpacak atas bumbung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu kereta hilang kawalan ketika menuruni bukit. - Istimewa

JAKARTA – Penghuni sebuah rumah di Kota Balikpapan, wilayah Kalimantan Timur terkejut apabila sebuah kereta menghentam bumbung kediaman itu selepas pemandunya hilang kawalan ketika menuruni bukit, lapor laman berita iNews semalam.

Dalam kejadian petang kelmarin, pemilik rumah yang dikenali sebagai Rio berkata, dia sedang berehat di dalam rumah apabila terdengar bunyi dentuman kuat.

“Saya sangkakan pokok tumbang. Selepas keluar dari rumah, rupa-rupanya sebuah kereta  terpacak di atas bumbung rumah saya,” katanya.

Gambar yang dimuat naik di media sosial menunjukkan kenderaan berwarna kuning itu terperosok di atas bumbung rumah dalam keadaan terpacak.

Ketua Rukun Tetangga 64, Joko berkata, kereta itu datang dari arah gereja dan sedang menuruni bukit dengan laju ketika kemalangan berlaku.

“Terdapat tiga penumpang di dalamnya dan semuanya selamat termasuk penghuni rumah,” katanya.

Petugas kecemasan menggunakan jentera berat dan tali untuk menurunkan kereta, manakala kerja-kerja itu berlangsung selama beberapa jam sehingga malam. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI