fbpx

Gagal patuh arahan pemeriksaan punca KDEBWM banyak disaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Tahir pada sidang akhbar tersebut

SHAH ALAM – Gagal patuh arahan pemeriksaan berkala antara kesalahan paling banyak direkodkan melibatkan saman dikenakan KDEB Waste Management (KDEBWM).

Kesemua kesalahan itu dilakukan kontraktor atau vendor yang berdaftar di bawah kenderaan milik syarikat pengurusan sisa pepejal itu.

Pengarah urusan KDEB Waste Management (KDEBWM), Datuk Ramli Tahir berkata, berdasarkan rekod mendapati sebanyak 23,218 saman bernilai RM2.37 juta telah diselesaikan sepanjang 10 tahun pengoperasian KDEBWM.

Katanya, hasil semakan menerusi aplikasi MySikap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pagi tadi merekodkan saman aktif adalah sebanyak 14,332 saman.

“Sebelum ini, telah dimaklumkan dua hari lepas bahawa saman aktif adalah lebih 22,000. Jadi, saya rasa pihak kami perlu duduk semeja dengan JPJ bagi mengetahui deskripsi jumlah saman itu.

“Kita akan bertemu mereka selewat-lewatnya pada Isnin depan berhubung hal itu. Kita bagi jaminan kita akan bayar dan menambah baik dari segi pembayaran saman,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat KDEBWM di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, perkara tersebut berlaku susulan saman tersebut ‘missing in action’ antara pemandu kepada vendor atau kontraktor seterusnya kepada KDEBWM.

Tambahnya, model perniagaan yang diterapkan KDEBWM dibawah milik kerajaan negeri adalah membantu ekonomi kontraktor tempatan dalam menjalankan kerja-kerja pembersihan di sekitar Selangor.

Lori-lori termasuk kompaktor dan Roll On Roll Off (RORO) dibeli atas nama KDEBWM sebelum diberikan kepada kontraktor dengan terma dan syarat.

“Apabila berlaku kes saman terhadap 1,500 lori KDEBWM sama ada lori tidak bersih, tayar botak, lampu brek tiada akan menyebabkan saman atas nama KDEBWM. Ini menjadi salah punca (saman aktif KDEBWM paling tinggi). Namun kita akur dan bayar saman itu.

“Model perniagaan seperti ini tidak pernah dibuat di Malaysia dengan negeri-negeri lain mengkehendaki lori tersebut sendiri dengan nama atas syarikat atau kontraktor itu,” katanya.

Jelas Ramli, penukaran hak milik kenderaan hanya akan berlaku selepas tujuh tahun pemberian lori setelah hutang bayaran lori diperjelaskan.

“Sepatutnya berdasarkan perjanjian, pihak kontraktor perlu melunaskan saman, penalti, membaiki dan pemeriksaan berkala di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

“Namun, ada juga masih culas dan memberikan notis kepada mereka selain tolong membayar saman itu dengan memotong bayaran kepada kontraktor,” ujarnya.

Justeru, kata beliau, pihaknya akan mempertingkatkan lagi prosedur operasi standard (SOP) dan terma perjanjian agar kontraktor sentiasa mematuhinya atau berdepan ditamatkan kontrak berkenaan.

“Pada perjumpaan dengan JPJ dan Kementerian Pengangkutan (MOT), kita akan mencadangkan agar disediakan pilihan supaya melatih pemandu tempatan yang berminat dalam sektor ini bagi mendapat lesen E atau Lesen Kenderaan Barangan (GDL) ini (bagi mengelakkan isu berkaitan pemandu lori warga asing memandu lori sampah itu), ” katanya.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan, berdasarkan statistik dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan menunjukkan syarikat pengendali kenderaan barangan, KDEBWM Sdn. Bhd. mencatatkan saman aktif tertinggi berjumlah 22,017.

Bagi syarikat pengendali bas ekspres, Cepat Ekspres Sdn. Bhd. pula, merupakan syarikat yang merekodkan saman aktif tertinggi berjumlah 540 saman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI