Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mencadangkan supaya pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan menggunakan Akaun 2 atau Akaun Sejahtera untuk membiayai premium bulanan insurans kesihatan. Jika diluluskan kerajaan, kira-kira 16 juta pencarum KWSP akan berpeluang menikmati perlindungan insurans kesihatan termasuk rawatan di hospital swasta. Berdasarkan statistik, kira-kira 32 peratus kos penjagaan kesihatan di negara ini dibayar sendiri oleh pesakit tanpa perlindungan insurans. Cadangan Menteri Kesihatan itu mengambil inspirasi daripada model negara seperti Singapura, yang mengutamakan……