fbpx

Budak OKU maut disyaki didera telah patah kaki sejak sebulan lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Christopher Patit

MELAKA – Kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) terlantar berusia sembilan tahun yang meninggal dunia disyaki akibat didera bapa tirinya dipercayai telah menanggung derita kecederaan patah kaki kiri sejak sebulan lalu.

Perkara itu didedahkan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil soal siasat suspek utama iaitu bapa tiri mangsa berusia 36 tahun mengakui ada memukul kanak-kanak tersebut menggunakan bantal di kediaman mereka di Taman Kota Laksamana, dekat sini, bulan lalu.

“Proses bedah siasat telah dijalankan selama enam jam oleh pasukan forensik Hospital Melaka, namun kita masih menunggu laporan makmal bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

“Kecederaan patah kaki yang dialami mangsa bagaimanapun dipercayai sudah berlaku lebih sebulan lalu manakala kesan lebam pada badan pula bukan penyebab utama kematian,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, telefon bimbit milik ibu kandung dan bapa tiri mangsa telah dirampas untuk dianalisis, selain ujian poligraf dijalankan bagi mengesahkan keterangan mereka yang dikatakan konsisten dengan pengakuan terdahulu.

“Kedua-dua suspek memberitahu mangsa pengsan sebelum si ibu cuba melakukan bantuan pernafasan (CPR) dan bapa tiri kemudiannya membawa kanak-kanak itu ke hospital.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini terdapat keterangan kukuh mengaitkan unsur pengabaian terhadap mangsa sehingga menyebabkan kematian,” ujarnya.

Katanya, setakat ini siasatan masih dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI