fbpx

Bedah siasat temui luka tembakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN seorang lelaki yang ditemukan mati dengan kesan tikaman di perut dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Tasek Damai, Ipoh.

IPOH – Laporan bedah siasat ke atas lelaki yang ditemui maut dengan kesan tikaman di perut di sebuah rumah di Taman Tasek Damai di sini kelmarin menemukan luka tembakan di dada kiri.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, laporan itu diperoleh selepas proses bedah siasat ke atas mangsa berusia 57 tahun itu selesai dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semalam.

“Selain kesan kecederaan akibat tikaman, terdapat juga kesan luka tembakan di dada kiri. Pasukan forensik mengesahkan mangsa maut akibat kecederaan tembakan pada bahagian dada,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Mohd. Rezan Yussop@Ariffin di talian 016-9648706.

Menerusi laporan media semalam, seorang lelaki yang merupakan penjual sambilan produk kesihatan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di ruang dapur rumahnya pada pukul 8.26 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI