fbpx

Zulfahmi puji strategi dua pelumba muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QABIL

PENGURUS Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin menyifatkan minggu perlumbaan di benua Eropah sebagai minggu terbaik buat Qabil Irfan Azlan dan Hakim Danish Ramli yang masing-masing mempamerkan kematangan serta keupayaan merencana strategi perlumbaan.

Menurutnya, kejayaan Qabil menaiki podium Perlumbaan 1 sebelum menjuarai Perlumbaan 2 dalam pusingan kedua Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) di Litar Catalunya adalah hasil keberanian mengatur strategi tepat di atas litar.

“Perlumbaan Qabil sangat membanggakan. Semangat juang dan cara membaca perlumbaan serta memilih masa yang sesuai untuk menyerang amat mengagumkan.

“Ia bukan sahaja memperlihatkan bakatnya, tetapi juga kebijaksanaan membuat keputusan kritikal ketika perlumbaan berlangsung. Ini pengalaman berharga dan harap prestasi ini dapat diteruskan di Aragon minggu hadapan,” katanya.

Bekas pelumba Moto3 negara itu turut memuji kebangkitan Danish selepas taktikalnya gagal membantunya dalam Perlumbaan 1 Red Bull MotoGP Rookies Cup di Litar Mugello, Itali.

“Perlumbaan pertama memang mencabar apabila strategi tidak menjadi kerana faktor slip stream menyebabkan dia menamatkan perlumbaan di tempat ke-13.

“Dalam Perlumbaan 2, dia memperbaiki pendekatan taktikal lebih berhati-hati dalam pemilihan posisi dan berjaya berada di kelompok hadapan, malah mengetuai selekoh terakhir sebelum dipintas Veda Pratama pada saat akhir,” katanya.

Tambah Zulfahmi, keupayaan kedua-dua pelumba muda itu membaca situasi perlumbaan dan melakukan penyesuaian segera terhadap strategi membuktikan kematangan mereka

Selepas empat pusingan, Danish kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan 148 mata, meninggalkan pencabar dari Sepanyol, Brian Uriarte yang mengumpul 116 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI